TINGGINYA TARAF SEORANG IBU
Teringat kpd cerita yang prnh diceritakan oleh ustazah masa kiela kt sek men dlu...then terbaca lak dlm sebuah majalah, kisah Juraij dan ibunya.Terpanggil utk share ngan kwn2 sebagai peringatan dan pedoman kpd kita semua...
Juraij adalah seorang ahli ibadah. Dia sangat kuat beribadah
sehingga beliau dirikan sebuah biara untuknya dan menetap di dalamnya.Suatu hari
ibunya datang ketika Juraij sedang solat. Ibunya memanggil,"Wahai Juraij!"
Juraij berkata dalam hatinya, "Wahai Tuhan, ibuku memanggilku, padahal aku
bersolat,"Tapi Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya
pergi.Pada keesokan harinya, ibunya datang lagi dan ketika itu juga Juraij
sedang solat. Ibunya memanggilnya lagi tapi Juraij memilih untuk meneruskan
solatnya.Untuk kali ketiga ibunya datang lagi dan ketika itu Juraij juga sedang
solat dan Juraij masih memilih untuk meneruskan solat....Lantas ibunya berdoa,"
Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat
wajah-wajah pelacur!"Sejak itu kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij
dan ibadahnya.Ada seorang pelacur telah menawarkan diri untuk menggoda Juraij.
tetapi Juraij tidak mengendahkan pelacur itu. lalu pelacur itu menyerahkan diri
kpd pengembala kambing dan hamil.Ketika anak itu dilahirkan, pelacur itu
mendakwa bahawa anak tersebut adalah anak Juraij.Lalu orang ramai pergi
mendatangi Juraij, memaksa Juraij keluar, menghancurkan biaranya seterusnya
memukul Juraij. Juraij bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian rupa dan
mereka menerangkan apa yang telah diberitahu oleh pelacur itu.Juraij bertanya di
mana anak itu, lalu bayi itu di bawa kepada Juraij. Kemudian Juraij
berkata,"Biarkan aku ingin bersolat terlebih dahulu."Maka Juraij bersolat dan
selepas solat Juraij mendatangi bayi itu dan memukul perutnya lalu
bertanya,"Siapakah bapa kamu?"Lalu bayi itu menjawab,"Ayahku adalah seorang
pengembala kambing."Selepas mendengar jawapan tersebut, orang ramai terus
menyentuh dan mencium Juraij kerana rasa bersalah menuduhnya.
Tujuan saya cerita pasal Juraij dan ibunya adalah kerana ingin berkongsi kepentingan antara solat dan ibu.Ibu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Berbuat baik kepada ibu walaupun sekadar menyahut panggilannya adalah ibadah sebagaimana mendirikan solat adalah ibadah.Antara dua ibadah ini, berbuat baik kepada ibu adalah lebih utama. Tetapi ini tak bermakna kita x perlu solat.Kita tetap solat tetapi waktu solatnya perlulah disesuaikan dengan kewajipan berbuat baik kepada ibu.So dalam kisah Juraij ni, dia hanya perlu menyahut panggilan ibunya itu dan memenuhi hajatnya, lalu selepas itu dia boleh menyambung kembali solatnya.Dahului la ibu dalam apa jua perkara yang melibatkan ibu.
Dalam sebuah hadis, kiela yakin kwn2 pun pernah baca atau dengar tentangnya diBerbuat baik kepada ibu adalah tiga kali lebih penting berbanding berbuat baik kpd ayah.So, berbuat baik kepada ibu berlaku sepanjang masa tidak kiralah apa jua bentuk kebaikan walaupun hanya sekadar menelefon ibu bertanya khabar.Tapi ayah kita jangan dilupakan.(^_^)"SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU"
mana seorang lelaki datang menemui Rasullullah dan bertanya,
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab,
"Ibu kamu."
Dia bertanya lagi
"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab,
"Ibu kamu."
Dia bertanya lagi,
"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab,
"Ibu kamu."
Dia bertanya lagi,
"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab,
"Ayah kamu."
(Shahih al-Bukhari).