BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Kembali Lagi...




Salam...bersua kembali kita...lame gak kiela x masukkan any entry dlm blog ni...maklum la org busy...busy ke???hehehe...Sedar x sedar, dah masuk bulan Ramdhan kita tahun ni...sekejapnye masa berlalu kan...baru je terasa suasana berpuasa bersama-sama rakan-rakan di campus UPSI...This year, alhamdulillah berpeluang smbut Ramadhan selama sebulan with my family, insyaAllah...
Selalunya if org bercerita about Puasa, kebanyakkannya akan kate pengertiannya adalah menahan lapar dan dahaga semata-mata. Itu biasanya pengertian puasa bagi kanak-kanak kan. For us yg dah mencapai and melepasi tahap usia remaja ni and akan melangkah ke alam dewasa n tua nnti, puasa sebenarnya lebih dari menahan lapar dan dahaga. Banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Cabaran utama bukan sahaja tahan nafsu makan dan minum, but tahan diri dari melihat, mendengar, mengucapkan, melakukan, memikirkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. betul x rakan2...?hehehe...
erm...pesanan to myself and rakan-rakan, sempena bulan Ramadhan ni, bolehlah kita lupakan terus, hindarkan terus tabiat-tabiat negatif terutama bagi girls tentulah Mengumpat...bulan puasa ni NO gosip panas erk!Katakan tidak pada GOSIP!
Pepun bulan Ramadhan ni sama-sama kita UPGRADE amalan-amalan yang baik, yang positif and kekalkan terus pada bulan-bulan seterusnya...insyaAllah...Amin...


Amalan yang digalakkan pada bulan puasa:
  • Solat Sunat Terawih.
  • Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu.
  • Banyakkan berdoa.
  • Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran.
  • Sembahyang Tahajud.
  • Bersedekah.
  • Banyakkan istighfar dan bertaubat.
  • Bertasbih.
  • Banyakkan bersabar.

Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan:
  • Dapat balasan Syurga.
  • dihapuskan dosa-dosa.
  • dimakbulkan doanya.
  • mendapat perlindungan dari Allah.
  • disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.
  • Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti.

"Tiap sesuatu itu mempunyai pintu. Pintu ibadah ialah Puasa" (HR:Tirmizi).
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN MENJALANI IBADAH PUASA.

0 comments: