salam...
Jangan terkejut dengan entry yg kila masukkan today...hehehe...nk jadi a mom rasenye lmbt lg...tp entry ni terhasil sbb daily routine kila skrg ni adalah jadi baby sitter kpd a baby boy...byk yg kila bljr actually...maklum la dh 5 thn my family without a baby...and mase dlu2, time ada baby in family kila x berada di rumah...almaklum la, mase byk dihabihkan di sek...mase adik kila yg bongsu lahir pun kila ad kt matrik.so xdpt tgok cmner adik membesar n dibesarkan...
so, dgn kelahiran baby boy ni dpt la kila bljr sket2 selok belok tntg baby...knpe baby nangis, cmner nk mandikan baby (tp still xleh lg mandikan baby sbb takut baby jatuh), nk buat susu cmner, tukar lmpin, pakai kain barut, potong kuku, nk tdokan baby n so many things la...hehehe...actually not easy to jage baby ni...byk yg kn kita korbankan, kita pelajari, kita praktikkan,byk pantang-larang yg kn kita ikut n so on.
Tapi bersyukur sbb dpt bljr seme ni melalui penglihatan, pengamatan, perbuatan and pembacaan.hehehe...
Not easy to become a mother...so be prepare...hehehe...
for diz time entry, kila nk share bout faktor yg mempengaruhi perkembangan anak...
ni terbuka kpd semua tuk dibaca, x kira la laki or p'puan, single or married...ok kwn2...:)
* Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakanan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum.
* Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu di kenalpasti dan di benteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari.
* Setiap unsur di persekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan perlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik.
* Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat dan komputer yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat.
* Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan adalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak-anak. Anak-anak hendaklah di galakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.
* Sikap berdikari boleh di pupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Galakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.
semoga entry kali ni menjadi panduan utk kita semua...persediaan...=)
0 comments:
Post a Comment